KESIHATAN DAN PERPADUAN DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

KESIHATAN DAN PERPADUAN


 Nama Ahli Kumpulan :

 - Ishraq Irffan Bin Anuar (14DEV20F2024)

- Muhd Ikhmal Aiman Bin Zulkifli (14DEV20F2027)

- Amirul Afiq Bin Romlan (14DEV20F2037)

     

        Nama Pensyarah : Encik Mohd Faizal Bin Mat Pesa


APAKAH MAKSUD KESIHATAN DAN PERPADUAN ?

Kesihatan bermaksud keadaan sempurna dari segi fizikal,mental dan sosial dan tidak hanya seketika ketiadaan sakit. Dalam erti kata lain, kesihatan dapat didefinisikan sebagai kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Selain itu, perpaduan pula bermaksud penyatuan yang dipamerkan oleh sesebuah masyarakat atau kumpulan yang merujuk kepada perhubungan sosial yang mengaitkan antara sesama manusia (berlainan kaum,bangsa dan agama).


Kesihatan dan perpaduan pula dapat dikaitkan dengan kerjasama antara organisasi dalam bidang kesihatan dalam memastikan masyarakat dengan tidak membezakan agama,bangsa dan kaum bagi memastikan kita semua dapat mengecapi kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Struktur bidang perubatan ini juga lazimnya terdiri daripada pakar-pakar dan staf yang berlainan bangsa dan agama, bersama-sama berkongsi kepakaran dan kemahiran bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin. Hal ini juga dapat menjelaskan bahawa di sinilah titik permulaan perpaduan dan kesihatan ini berlaku. 


OBJEKTIF

• Memupuk kesedaran mengenai amalan hidup sihat
dalam kalangan rakyat Malaysia.

• Menggalakkan persekitaran yang sihat serta
mengurangkan penularan penyakit.

• Meningkatkan kualiti hidup dalam kalangan rakyat
Malaysia.

• Mencapai akses sejagat kepada penjagaan kesihatan
berkualiti.

• Memupuk sikap positif dalam kalangan rakyat Malaysia
terhadap kesihatan.




    Sebagai contoh, di era norma baharu yang sedang kita hadapi ini. Disebabkan penularan virus covid-19 perpaduan juga dapat dicipta melalui kerjasama berisan hadapan dan juga masyarakat tidak kira kaum bersama-sama menjalankan perintah kawalan pergerakan(PKP) bagi mencegah virus ini tular dengan lebih pesat.

    Melalui perpaduan ini, Malaysia dapat dilihat sebagai negara yang makmur dan harmoni dengan masyarakat pluraliti dan itu tidak menjadikan ia satu beban atau masalah tetapi ia mampu menjana negara ini sebagai sebuah negara hebat. Di samping itu, ia dapat membasmi penyakit berbahaya juga permusuhan antara kaum  mahupun negara kerana sifat perkauman adalah musuh utama negara kita.


    Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan tidak kira bangsa sama ada Melayu, Cina atau India yang dermawan juga memberikan sumbangan yang besar dalam kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam menjayakan sebuah program sumbangan kebajikan kepada yang memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan perubatan, keperluan asa harian dan sedikit bantuan kewangan kepada masyarakat yang memerlukan.

    Selain itu, ahli perniagaan ini juga turut mengadakan ceramah pendedahan tentang kesihatan  bagi memupuk kesedaran di kalangan masyarakat berbilang kaum. Hal ini sekaligus, dapat memperkukuhkan perpaduan masyarakat di samping mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan penyakit kronik serta dapat meningkatkan kesejahteraan rakya

    Aspek perpaduan dan kesihatan kekal sebagai teras utama dalam membangunkan sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam membangunkan sebuah negara yang maju. Penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik sistem penyampaian kesihatan ditumpukan kepada menangani keperluan penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan, menambah baik sistem penyampaian kesihatan untuk meningatkan kecekapan dan keberkesanan dan mempergiat kerjasama dengan sektor swasta dan NGO. 


HARI SUKAN NEGARA / BULAN SUKAN NEGARA

Contoh pertama yang boleh kita ambil bagi menjelaskan dengan lebih mudah mengenai konsep kesihatan dan perpaduan ini ialah melalui program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan ini.

 “Hari Sukan Negara” yang disambut selama sehari pada minggu kedua Oktober sejak 2015 telah ditukar namanya kepada “Bulan Sukan Negara” yang diwujudkan mulai Oktober 2019. Penambahbaikan dan perubahan konsep lebih kontemporari dan memenuhi keperluan semasa adalah keutamaan sangat penting terhadap program Bulan Sukan Negara bagi menjamin agenda “Sukan Untuk Semua” kekal relevan sepanjang zaman.

 TUJUAN SUKAN NEGARA

Untuk menggalakkan semangat persaingan yang sihat dan muhibah melalui sukan di kalangan individu, kumpulan masyarakat dan antarabangsa

 


Seperti yang kita lihat, agenda “Sukan Untuk Semua” itu dapat dikaitkan serba sedikit mengenai perpaduan antara masyarakat ketika bersukan. Contoh yang paling mudah diambil semasa Bulan Sukan Negara ini dijalankan, kaum Melayu, Cina dan India sama-sama menyertai acara yang dianjurkan tidak kira di sekolah mahupun komuniti setempat mereka. Oleh itu, wujudnya kerjasama antara satu sama lain apabila bersukan sekaligus dapat mencapai kemenangan ketika menyertai sesuatu acara atau pertandingan.


 KEMPEN DERMA DARAH

Selain itu, perpaduan juga dapat diwujudkan ketika kita mendermakan darah. Hal ini demikian kerana  kita dapat melihat di sekeliling kita mengenai proses kerjasama antara kaum sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kaum. Mari kita lihat bagaimanakah kempen derma darah ini mampu mewujudkan perpaduan di Malaysia

 


Visi Pusat Darah Negara ialah sedia berkhidmat kepada masyarakat dalam menyediakan darah yang mencukupi dan selamat serta menjadi pusat rujukan yang cemerlang di bidang Transfusi Perubatan.


KESAN TERHADAP KESIHATAN JIKA TIADA PERPADUAN ANTARA RAKYAT.


·         KESTABILAN EKONOMI NEGARA TERJEJAS : 

    Sistem kesihatan dalam negara turut berfungsi bagi menstabilkan ekonomi negara. Namun begitu, apabila wujudnya masalah kesihatan seperti penularan wabak COVID-19, maka ini turut menjejaskan lagi kestabilan ekonomi negara. Seiring dengan pengumuman yang diumumkan oleh  Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengistiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri bermula pada 18 Mac 2020, sudah pasti ini akan memberikan kesan yang mendalam kepada sistem ekonomi negara. Contoh dapat yang kita lihat, berlaku peningkatan bilangan pengganguran, pegurusan peniagaan yang tidak mendatangkan banyak keuntungan dan anak- anak muda yang berhasrat untuk  menyambung pelajaran juga terbantut . Oleh itu, kestabilan ekonomi negara adalah sangat penting serta memainkan peranan yang besar dari aspek kesihatan bagi membentuk perpaduan negara yang aman dan harmoni.

·         WUJUDNYA MASYARAKAT YANG TIDAK BERMORAL , BERTOLAK ANSUR DAN BERETIKA

    Apabila adanya masyarakat yang tidak bermoral , bertolak ansur dan beretika ini dapat menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum. Sebagai contoh, rakyat yang  tidak memberi komitmen yang baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mendermakan darah kepada pesakit yang memerlukan. Ini kerana kurangnya sensitiviti dalam diri sesetangah rakyat terhadap pesakit yang betul-betul memerlukan. Lebih-lebih lagi, stok darah di dalam tabung darah negara kini tidak mencukupi bagi menampung bekalan darah yang diperlukan oleh setiap pesakit yang berada di hospital mengikut jenis-jenis darah yang diingini. Malahan pula, terdapatnya sesetengah sifat rakyat yang memilih kasih dalam mendermakan darah akan melambatkan lagi proses membaik pulih kesihatan pesakit tersebut. Dengan itu, tahap kesihatan akan terganggu dan kurangnya kesepaduan dalam kalangan rakyat.

·       KEHARMONIAN NEGARA AKAN TERJEJAS

    Keharmonian negara terjejas bermaksud tiadanya kesepaduan di kalangan rakyat. Kerjasama yang baik antara rakyat sangat dititikberatkan di dalam proses memberikan rawatan yang terbaik kepada rakyat. Contohnya, sepanjang berlakunya penularan wabak COVID-19 ini , rakyat tidak mempunyai matlamat yang sama dengan pihak atasan untuk berkerjasama memutuskan rangkaian wabak tersebut. Ini sekaligus menyebabkan peningkatan kes dan kematian pesakit dari semasa ke semasa dan menyebabkan kebimbangan bukan sahaja pada pihak atasan malah terhadap kita juga. Sehubungan itu, keharmonian negara juga  tergugat dan memberikan impak negatif yang agak besar kepada kesejahteraan rakyat dan negara.






KESIMPULAN

Dalam setiap perbincangan, dapat kita lihat perkaitan antara kesihatan dan perpaduan. Kesihatan dan perpaduan saling melengkapi kerana dengan adanya perpaduan antara masyarakat segala masalah dapat dihadapi bersama. Sebagai rumusan, kes Covid-19 yang baru-baru ini merebak ke seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan dapat diredakan di negara kita dengan kerjasama rakyat yang patuh akan arahan pemimpin. Mereka bekerjasama dalam mengikut ’SOP’ yang ditetapkan serta mengikut perintahkawalan pergerakkan. Di sini kita dapat lihat kerjasama ini telah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan mampu mengelakkan kes semakin menular walaupun bukan pulih sepenuhnya.






SEKIAN, TERIMA KASIH 


Comments

  1. Blog yang menarik dan mudah difahami :) keep the hardwork!

    ReplyDelete
  2. Menarik ! dapat memupuk semangat perpaduan

    ReplyDelete
  3. Mantap bang Ini blog banyak cantik

    ReplyDelete
  4. perpaduan ispirasi masa depan 100%✓

    ReplyDelete
  5. Waahhh terima kasih untuk article ini

    ReplyDelete
  6. Blog yang menarik dan mudah difaham 👍🏽

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat menarik!! Good job guys 👍🏻

    ReplyDelete
  9. sungguh terbaik saya tidak pernah membaca artikel sebegini ia bagi idea yang sunggu jelas dan mantap

    ReplyDelete
  10. cemerlang blog kamu , menarik ❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  11. bapak bangga dengan kamu nak.

    ReplyDelete
  12. terbaik dan mudah difahami

    ReplyDelete

Post a Comment